Kenapa Kena Ada Ilmu Sebelum Melabur?

      6 Comments on Kenapa Kena Ada Ilmu Sebelum Melabur?
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Sekali-sekala, kalau ada masa, best jugak belek-belek buku, baca artikel orang lain, dengar ceramah, dan fikir-fikir apa benda yang ada dekat sekeliling kita ni.

Semua yang kita buat ni, kalau niat dia betul, insyAllah ada keberkatan dan petunjuk dari Allah. Begitu jugak bila kita nak melabur dalam kehidupan kita kat dunia ni dan jugak untuk kehidupan akhirat nanti. Bak kata sorang ustaz bertaraf Doktor (PhD) ni, “Dunia ibarat ladang untuk kita bercucuk tanam, buat lah apa saja, kat akhirat nanti boleh tengok hasilnya”.

Lepas tu dia sambung lagi, “apa yang perlu ada dulu, ilmu atau iman?”. Berpeluh yop nak pikirkan jawapan bagi soalan simple macam tu. Boleh je nak hentam, tapi macam ada maksud “makan dalam” je masa ustaz tu tenung mata hadirin huhu..

Ustaz tu jawap – IMAN dan TAQWA perlu ada dulu sebelum kita nak cari ilmu. Sebab ada satu ayat Al-Quran dia quote (aduh, lupa la pulak aku nak salin aritu) untuk sokong hujah dia ni. Ilmu akan mudah dipelajari bila diri kita ni beriman dan bertaqwa pada Allah. Kiranya, hati dan jiwa dah bersih, baru urusan menuntut ilmu akan dipermudahkan dengan izin Allah. Nak ikutkan betul jugak, kalau takde iman dan taqwa, kita main belasah je. Kalau belajar pun silap gaya, kita cari ilmu songsang asalkan ada untung. Bahaya tu.

Bercakap pasal mencari ilmu ni, skop dia luas. Bukan setakat kita cari ilmu untuk dapat sijil buat modal cari kerja je yop. Macam tu jugak, tak semestinya orang yang tak habis sekolah dan tak masuk universiti tak perlu cari ilmu dah. Mereka boleh guna cara tersendiri untuk belajar dari seseorang atau sumber tertentu untuk bantu mereka “celik”. Kita jangan ingat, bila nak cari ilmu mesti kena masuk kelas. Tak semestinya pun (dah macam cakap Johan raja lawak).

Bila dah celik, mudahlah kita nak meneroka peluang-peluang yang ada. Kadang tu, peluang dah lama dok ada kat depan mata, cuma kita je yang tak cukup ilmu untuk nampak dan ambik peluang tu.

Sebab tu, orang yang banyak ilmu (melalui teknik, kemahiran, pengalaman) cekap untuk hidu peluang. Mereka ni, tak takut hadapi cabaran sebab mereka dah belajar dan ada cukup ilmu untuk hadapi setiap risiko. Jadi kita jangan “jeles” bila tertinggal bas tengok puak-puak ni dok sapu peluang depan mata.

Jadi, orang macam aku dan kawan-kawan yang sedang berjinak-jinak untuk cari peluang nak tingkatkan kehidupan agar berjaya dunia akhirat, harus ikut jejak langkah dan panduan yang dah diamalkan oleh mereka yang telah berjaya dengan kaedah sebegini. Belajar cari ilmu, sandarkan pada iman dan taqwa. InsyaAllah, mudah-mudahan ada keberkatan dan kejayaan untuk kita semua.

OK yop, jumpa lagi di lain siaran huhu 🙂

Terima Kasih

6 thoughts on “Kenapa Kena Ada Ilmu Sebelum Melabur?

  1. zuwairi

    Orang alim2 dulu tak belajar smpai ke oversea tp ble mengarang, kitab ber ‘almari2’. Itu tandanya, ble jiwa bersih, ilham dr Allah akn mudh smpai. Byk prkre yg x tfikir akn terdetik di hati. Jaga hubungan dgn Allah, Allah akn jge hubungan dgn kite : )

  2. Rumah.Net

    dieta says
    Untuk Semua Pencari Peluang Bisnis – Jika anda belum tahu bagaimana cara menghasilkan uang dari bisnis anda sendiri baca setiap tulisan di website ini karena ini penting untuk anda. Hampir setiap bulan ada lebih dari 354.300 orang di indonesia yang mencari info peluang bisnis dengan mengetikan keyword di pencarian google?

Comments are closed.