Analisa Teknikal Emas 22.09.2011 @6.28PM

      4 Comments on Analisa Teknikal Emas 22.09.2011 @6.28PM
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Alhamdulillah yop, kita jumpa lagi petang ni (bagi yang baca petang ni la) dan bila-bila korang terbaca posting ni lah. Harapnya, semua kawan-kawan sihat dan berada dalam rahmat Allah.

OK, mari kita check lagi sekali carta lagu popular eh..bukan carta emas yang ramai makin suka dok “usyar” (word ni aku tak tau betul ke penggunaan dia, bukan word masa zaman aku membesar hahaha). Kita nak tengok pergerakan harga mengikut bacaan signal dan petunjuk (indicator) yang mudah untuk bagi kita gambaran apa sedang berlaku dalam market.

Aku sempat snap screenshot chart emas pada pukul 6.28PM (22 September 2011) tadi untuk kita sama-sama renungkan (dan beramal? huhu). Kalau diikutkan, candle dah melepasi immediate support yang aku sebut dalam posting lepas iaitu USD1756. Moving Average (MA) line sekarang menunjukkan nilai USD1762 iaitu immediate resistance (sebab candle semasa dah cross MA line).

Gold Chart Daily – 22 September 2011 @6.28pm – (indicator – candlestick pattern, MA, MACD, Slow Stochastic)
Gold Chart Daily - 22 September 2011 @6.28pm

Candle hari ini menarik untuk diperhatikan sebab kita nak tengok dia close di bawah MA line ataupun di atas MA line. Jika close di bawah MA line, esok satu lagi candle boleh ditunggu untuk dapatkan confirmation price sedang dalam trend menurun.

MACD sudah berada dalam negative territory (dah beberapa hari dah sejak posting lepas). Slow stochastic sedang “flat”, tetapi masih belum sampai bawah 10 atau 0, so masih ada momentum ke arah tu kalau market nak push ke bawah.

Ringkasnya, double-top formation pada chart pattern dalam analisa yang lepas (sila rujuk posting yang lepas) adalah confirm menjadi bearish signal. Price sedang menurun mengikut candlestick pattern yang telah dan sedang terbentuk. MA line, MACD dan Slow stochastic menyokong confirmation current trend.

Yang kita nak tunggu sekarang ialah “exhausted signal” atau “reversal signal” bagi membolehkan trend baru terbentuk ataupun market akan berehat (sideway/ranging) untuk seketika.

Next support level dilihat pada harga USD1700. Immediate resistance pada level USD1762/1780.

Sekian, dari bilik berita rumah.net 😀

Terima Kasih

4 thoughts on “Analisa Teknikal Emas 22.09.2011 @6.28PM

  1. Tuan Rumah

    @salfee, itu ada seminar FCPO belajar pasal teknikal analisis 27 oktober ni. Sama je term dia guna untuk market2 lain. Kalau nak tau term-term tu, Google aje, bersepah2 keluar penerangan huhu..

  2. Tuan Rumah

    @Paklang Abu, modal kecik2 pun boleh paklang. Macam wife saya, dia beli barang kemas je. Saya bantu dia bagitau masa bila boleh beli. dia nak simpan. Cuma jangan lupa keluarkan zakat bila cukup nisab dia.

Comments are closed.