Kisah Iklan Jual dan Sewa Rumah

      10 Comments on Kisah Iklan Jual dan Sewa Rumah
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Assalamualaikum yop, lama jugak tak update apa-apa kat sini hehehe. Bukan pencen, cuma ada benda lain kena bagi priority. Biasa la, keje makan gaji ni, kena la utamakan apa yang patut diutamakan. Lainlah kalau dah fulltime keje sendiri atau dah pencen hakiki, baru boleh buat apa yang kita suka buat kan.

Semalam aku sempat pegi melawat tempat training yang ditempah untuk seminar analisa teknikal pada 27 Oktober 2011 ni. Alhamdulillah, tempatnya OK dan semua kemudahan seperti yang kitorang nak. Ada WiFi, Internet access, projector, whiteboard, kertas conteng2 dan kerusi meja yang selesa. Kalau korang nak buat training, boleh lah cuba tempat tu (free promotion) – http://www.jomtraining.com

Seminar yang kitorang buat 27hb ni nanti berguna untuk semua saudagar dan pelabur yang kena tengok chart, tak kira apa jenis komoditi atau pasaran pun, asalkan guna chart dan ada live feed untuk tengok harga, boleh masuk seminar ni. Kita akan ajar cara baca chart dengan teknik yang betul. Tapi registration dah ditutup. Kalau yang melepas dan terlepas kapal tu, tunggu next roundlah, kalau ada masa dan permintaan, kitorang cuba buat lagi.

OK, aku nak cerita bukan pasal training tu, aku nak share pasal cerita aku buat iklan jual rumah dan iklan nak sewakan rumah. Biasa iklan ni aku buat dekat MUDAH. Apa korang tak tau MUDAH tu apa?, adoi yop, jangan macam tu, satu dunia sudah guna MUDAH yop.

Sebab apa aku suka guna MUDAH? jawapannya pun MUDAH, sebab ia MUDAH dan tak susah nak buat iklan kat situ hehehe.

Satu lagi, ramai orang Malaysia akan “survey” iklan dekat situ. Termasuklah iklan menjual atau menyewakan rumah. Kadang tu, lepas iklan diluluskan aje (sebab masa antara posting iklan kita dengan masa ianya diluluskan bergantung jugak, biasa dalam 24jam kalau hari bekerja, iklan tu dah lulus) terus ada orang call bertanyakan itu ini.

Macam-macam soalan dan ragam yang dok bertanya. Ada yang tanya dan terus berminat nak datang tengok. Ada yang tanya untuk “checkidout” aje. Ada juga yang tak tahu info lengkap, dapat nombor dari kawan dan tanya kita A to Z, last sekali dia cakap “ok TQ” dan hangup phone huhuhu. Macam-macam gaya orang yop, jadi kaunter pertanyaan kita yop.

Tapi yang paling best ialah, bila ada serious caller. Lepas dia dapat info, dia akan mintak nak datang tengok, dan kalau everything OK, terus tanya terms and condition.

Dari pengalaman aku sendiri, cara kita buat iklan yang betul akan memberi peluang lebih tinggi untuk berjumpa dengan bakal pembeli atau penyewa serious. Kalau buat iklan main cincai saja, bersedialah terima panggilan hangit dan hangus dari macam-macam manusia. Jangan hangin satu badan pulak yop.

OK, aku nak share sikit 10 tips buat iklan yang aku selalu praktikkan. Kenapa kita perlu buat iklan? sebab kita nak cepat dapat sewakan atau jual rumah kita tu lah yop. Betul kan?

1) Pilih kategori iklan yang betul – jika ingin menjual apartment, pilih kategori apartment atau flat. Begitu juga jika ingin menjual rumah teres, pilih kategori rumah teres dan sebagainya.

2) Search dalam kategori iklan yang sama, dan lihat keyword, harga, butiran dan contoh iklan yang orang lain telah buat – untuk dapatkan general idea bagaimana iklan kita harus dibuat dengan berkesan.

3) Tajuk iklan mesti “catchy” dan tepat – contoh “Apartment 2 Bilik Dekat LRT,KLCC”. Gunakan had perkataan dan gabungan keyword semaksima mungkin (biasa ada had perkataan untuk tajuk iklan).

4) Guna bahasa yang simple, ringkas dan padat
– contoh: “Mencari penyewa yang bekerja sahaja. Rumah 2 Bilik/1 bilik air. Tingkat 1. Fully furnish. Dekat LRT (10 minit berjalan kaki). Selamat untuk pulang malam. Kemudahan pengangkutan awam yang baik, kedai makan, mini market dan lain-lain prasarana berdekatan. Deposit 2+1. Deposit api/air RM100. Sewa bulanan RM550. Hubungi Cik Kiah di 013-3103103 bagi yang berminat sahaja. Siapa cepat dia dapat.”. Dalam contoh ni macam satu perenggan saja, sebenarnya lagi sedap mata membaca kalau dibuat baris demi baris setiap ayat yang ditaip. Mudah orang nak baca dan faham.

5) Ambil gambar property dari angle/sudut yang baik – ambik dari luar bangunan, dalaman, bilik tidur, pintu masuk utama/laman luar, dll. Pastikan gambar terang dan menyerlah. Masukkan sekurang-kurangnya 3 gambar dari sudut berbeza ke dalam iklan. Biasanya, iklan yang disertakan dengan gambar akan lebih diminati oleh bakal pembeli atau penyewa – common sense.

6) Pastikan letakkan Nama dan no. telefon untuk dihubungi – walaupun telah ada ruangan Nama dan no. telefon yang disediakan di bahagian atas borang, masukkan juga di ruangan keterangan bagi memudahkan bakal penyewa atau pembeli pasti dengan nombor dan siapa untuk dihubungi.

7) Ingat password (katalaluan) yang dimasukkan ketika membuat posting iklan – bila anda ingin membuang iklan lama untuk update iklan baru, password diperlukan untuk tujuan ini.

8.) Postkan link iklan yang telah diluluskan ke wall FB anda – untuk share dengan rakan-rakan lain. Mungkin diaorang akan tolong sharekan jugak kat wall masing-masing (bonus).

9) Jika dalam masa 1 bulan, iklan tersebut tiada sambutan, buat iklan baru, update kandungan dan buang (delete) iklan lama menggunakan link yang diluluskan dahulu (check dalam email). Iklan yang baru diluluskan biasanya berada di atas, so peluang untuk orang tengok lagi besar berbanding iklan lama yang duduk di page yang terkebelakang.

10) Jika masih tiada sambutan, lakukan tips terakhir ini – MANDI AIR BUNGA huhuhuhu.. jangan marah yop, mungkin boleh mintak tolong kawan-kawan yang lebih arif untuk tolong korang buatkan iklan mantops. InsyaAllah, boleh tu.

So far, aku berjaya dengan cara kat atas tu. Kalau korang ada cara dan tips lain, bolehla share dengan kawan-kawan lain kat sini. Yang baik patut kita sebar-sebarkan, yang tak berapa baik, kita perkemaskan biar jadi lebih baik, tak gitu? gitu..gitu..gitu 🙂

Terima Kasih

10 thoughts on “Kisah Iklan Jual dan Sewa Rumah

  1. Rumah.Net

    托福補習班 says
    I hope other users think your post right here as helpful as I have. I run a blog personally and would be more than happy for you or the visitors on your site to check out. Please go ahead and browse through my website like I have with yours and leave a remark or two if you discover anything interesting. Thanks again.

  2. mohd salfee

    saya pon baru dpt tenant via mudah.my..
    selagi tak delete iklan tu, tiap2 ari org call..
    faktor lokasi jgk memainkn peranan penting..
    kalo umah kt tgh utan, mgkin org utan yg call kot..
    hehehe

  3. zainol

    apartment sri putera bangi untuk di jual harga boleh di runding. keadaan sangat baik dan sekarang ada penyewa sebulan RM 600. kepada sesiapa yang berminat call saya tuan rumah 010 2253881.

  4. Fendi

    Apartment Corner Lot Dataran Automobil Seksyen 15, Shah Alam utk djual segera.RM185K Nego. Direct Owner. Berminat call Fendi 012-6763467

  5. Halidi bin Ahtor

    Rumah banglo untuk dijual dimachang Kelantan Harga Rm 250.000 kalau berminat harga boleh runding.hubungi saya tel 0199394562 En Halidi.

  6. syahmi

    Salam tuan, walaupun artikel ni dah lama, saya nak share juga, saya rasa http://bumbung.my/ pun mudah juga.. semua boleh list.. tak kira agent ke owners.. hehe.. Sekadar perkongsian bersama..

Comments are closed.