Kisah Hujung Tahun 2011 dan Maal Hijrah 1433H

      1 Comment on Kisah Hujung Tahun 2011 dan Maal Hijrah 1433H
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Assalamualaikum kawan-kawan. Lama tak berupdate blog ni. Masih bernafas lagi tuan rumah, cuma tak berkesempatan nak update cerita-cerita terkini sebab dok fokus pada kerja baru (bukan tukar kerja, cuma tukar portfolio huhu..)

Hujung tahun datang lagi. Biasanya bila tiba waktu macam ni, pelbagai aktiviti dan rutin tahunan akan kita buat. Bagi yang bujang, musim mengawan datang lagi hahaha. Selamat pengantin baru buat kawan-kawan yang sudah sampai seru untuk tamatkan zaman bujang. Ada jugak yang tambah “cawangan”, janji takde masalah sudah lah. Tanggungjawab jadi ketua keluarga ni besar. Sebab itu pahalanya jugak banyak bagi yang berjaya pikul amanah dengan baik.

Bagi anak-anak yang bersekolah pulak, cuti hujung tahun semestinya dinanti-nanti. Masa ni lupa semua buku sekolah dan ulangkaji. Time macam ni lah nak tidur panjang lepas solat subuh dan main computer games puas-puas. Ada jugak yang gunakan masa cuti bermain bola, kayuh basikal ataupun sekadar lepak-lepak rumah kawan-kawan. Tapi kena pantau sikit aktiviti anak-anak ni, jangan main lepas tangan saja. Takut benda bukan-bukan pulak budak ni terjebak.

Hujung tahun juga, acara yang dinanti (atau ditakuti) oleh ibu-bapa. Ramai yang sudah mula seluk kocek nak check kot-kot bocor huhu. Maklumlah, bagi yang ramai anak-anak yang bersekolah, masa hujung tahun ni, semua perbelanjaan akan naik mendadak, lebih-lebih lagi untuk persediaan persekolahan anak-anak.

Kalau seorang anak perlukan persiapan sekitar RM300 untuk pakaian, kasut, buku-buku dan lain-lain, cuba darabkan dengan 4 orang (ada yang lebih lagi). Dah RM1200 diperlukan.

Bayangkan keluarga yang tidak berkemampuan, yang miskin dan yang tiada punca rezeki tetap. Mereka akan lebih perit dan sakit lagi untuk menghadapi musim hujung tahun. Itu belum lagi kita ambil kira, jika golongan ini terlibat dengan banjir di musim tengkujuh. Besar dugaan mereka ni yop.

Sebab tu, kalau kita ni hemat berbelanja, tahu membuat bajet keluarga, kita sepatutnya dah ada perancangan kewangan satu tahun untuk tadbir keperluan perbelanjaan keluarga kita secukupnya. Bukan apa, disamping kita sediakan peruntukan untuk keluarga sendiri, jika ada lebihan, apa salahnya kita sedekahkan atau hadiahkan kepada keluarga lain yang miskin. Mereka mungkin tidak meminta, tapi menjadi tanggungjawab kita untuk memberi dengan ikhlas dan penuh kasih sayang.

Biasanya, kalau kita ada duit lebih, baru senang kita nak bersedekah. Jadi, apa kata kita pakat buat azam tahun baru Hijrah 1433 ni untuk sediakan tabung bantuan orang susah (TBOS) di rumah masing-masing. Mudah-mudahan, dengan adanya tabung ni, kita tak rasa susah nak sedekahkan kepada mereka yang memerlukan.

Cara nak dapatkan duit untuk dimasukkan ke TBOS ni macam-macam ada. Salah satunya ialah ambil sedikit dari baki duit gaji. Cara lain, hasil lebihan duit kita gunakan seharian untuk makan, membeli barangan harian, kita masukkan bakinya terus ke tabung ni. Bagi yang rajin, mungkin nak buat kerja part time atau sebagainya untuk cari sumber pendapatan lebihan, hasil dari pendapatan tambahan ini, mungkin sebahagian boleh disalurkan ke TBOS.

Bagi yang nak belajar buat pendapatan tambahan dengan cara melabur di pasaran hadapan, membeli/menyimpan emas, dan juga di pasaran saham, sahabat saya di Teta Resources sekali lagi akan membuat seminar Pasaran Hadapan (Futures Option) untuk beginner (orang baru) dan intermediate (dah pernah trade). Maklumat lanjut boleh layari http://www.tetaresources.com/seminar

Salam Maal Hijrah buat semua rakan-rakan rumah.net!

Terima Kasih

One thought on “Kisah Hujung Tahun 2011 dan Maal Hijrah 1433H

Comments are closed.