Kisah Sahabat Yang Pencen Muda

      7 Comments on Kisah Sahabat Yang Pencen Muda
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Assalamualaikum yop. Awal-awal tahun ni, sure ramai yang ambik cuti untuk uruskan persekolahan anak-anak. Terutama yang ada anak nak masuk tadika atau darjah satu. Sure kena temankan diaorang sekejap, ada tu 2-3 hari dok ulang alik ke sekolah haha..

Aku takde anak yang darjah satu tahun ni, so takde la pening sangat nak uruskan. Yang dah sekolah menengah lagi la senang, pesan aje suruh cikgu tulis berapa yuran atau buku nak kena beli, nanti kita uruskan kemudian. Tak kuasa nak beratur menunggu giliran nak bayar yuran macam masa diaorang kecik dulu.

Masa aku hantar anak yang no. 2 tadi balik ke asrama, sorang kawan di office lama call. Biasa kalau dia call mesti ada cerita menarik. Mula-mula dia tanya apa azam tahun baru aku. Aku jawap macam tahun-tahun lepas jugak, takde yang spesifik. Dia cakap, azam dia tahun lepas dah tercapai, tahun ni dia punya azam untuk jadi fulltime CPO trader. Dia dah hantar surat berhenti kerja bulan lepas. 2 minggu lagi dia akan mulakan hidup baru – pencen muda.

Cuti sekolah baru ni, dia sekeluarga pergi bercuti di Sabah. Abis dekat RM9K jugak gedebak gedebuk tambang kapal terbang, hotel, shopping dan lain-lain. Tapi sambil-sambil bercuti, dia still sempat trade CPO dan dapat profit dalam RM8K. Wow, best tu yop. Aku cakap dekat dia, ko dah dapat “the best job in the world!”. Dia cakap “ya betul, this is indeed the best job in the world“.

Bagi yang dah berkecimpung dalam bidang ni, sure tahu pahit maung, suka duka dan perasaan menjadi seorang trader. Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga. Macam member aku tu, dia tak trade with small margin, walaubagaimana pun dia ambik masa yang lama untuk test dan develop trading system yang bagus, jadi takde masalah untuk dia uruskan modal/capital dia. Bagi yang tak biasa, maybe tak boleh ikut cara dia. Macam dia, intraday dia sebat, overnight pun dia sapu. He’s doing good.

Buat masa ni, dia tak berminat nak buat kelas or seminar macam orang lain (kalau ada yang nak attend seminar, boleh masuk sini – http://www.tetaresources.com/seminar), sebab dia cakap, “buat duit dengan trade lagi best dari jumpa orang…” hahahaha bengang je aku dengar statement tu, tapi itulah realitinya bila seseorang tu dah capai status financially free, ada yang dah jarang nak jumpa orang awam kecuali close friends.

Aku ucapkan tahniah la kat member aku ni dan doakan semoga dia akan berjaya dengan kerjaya baru dia ni dan tak perlu lagi masuk office macam orang lain. Walaupun dia pencen muda, tapi bukan bermaksud dia takde kerja. Dia ada kerja yang lebih hebat dari kerja dia sekarang. Kerja yang memerlukan ilmu, skill dan kemahiran tersendiri.

Jumpa lagi di lain masa yop!

Terima Kasih

7 thoughts on “Kisah Sahabat Yang Pencen Muda

Comments are closed.