Penyelesaian Mudah Loan Rumah yang Panjang

      3 Comments on Penyelesaian Mudah Loan Rumah yang Panjang
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Assalamualaikum yop.. apa macam? ada bagus? harap semua OK lah. Aku je yang tak sempat nak tulis apa-apa macam biasa. Nih, terasa rajin sikit bolehlah taip sikit corat-coret buat tatapan yang berhajat.

OK gini, biasanya kita kalau beli rumah guna loan, sure kita nak bayar bulan-bulan murah. Supaya tak menjejaskan perbelanjaan isi rumah yang juga perlukan komitmen bulanan yang banyak. Aritu ada sorang kawan aku ni bagi tips mudah. Patut aku takleh share kat sini, sebab dia kata ini teknik patented hahahaha.. tapi aku nak share jugak sikit-sikit, nak bagi korang buat planning sikit. Yang aku share ni bukan korang taktau pun, cuma mungkin tak perasan boleh digunakan untuk memendekkan tempoh bayaran balik pinjaman.

Kita panggil teknik ni, teknik boomerang..huhuhu.. ape pasal boomerang. Sebab boomerang ni, bila kita baling sejauh mana pun, dengan teknik balingan yang betul, boomerang tu akan datang balik kepada kita. Sapa yang tak tau ape kebenda boomerang tu, silalah bertanyakan pakcik google ok.

OK gini, katakan kita buat loan selama 30 tahun untuk satu property yang kita beli. Katakan property yang kita beli dalam RM200K, interest rate pada kadar 5% setahun, ansuran bayaran balik ialah sebanyak RM1,074 sebulan (bayaran sebenar bergantung kepada interest rate dan pakej loan). Jadi kita akan membayar sejumlah RM386,512.00 (rujuk calculator pinjaman http://www.auctions.com.my/calculator.asp) setelah tamat tempoh 30 tahun.

Katakan, kita ada bajet sebanyak RM200 untuk saving. Menggunakan teknik boomerang, buat saving ke portfolio pelaburan berrisiko rendah yang memberi pulangan (return) yang menarik secara konsisten. Contoh ialah unit saham amanah yang memberi pulangan 15-20% setahun (kena pilih tabungan mana yang return dia OK, buat ler research sikit). Rujuk prospektus dan laporan tahunan yang lepas-lepas untuk buat kajian pelan pelaburan dan potensi pulangan.

Jika kita mula menabung secara berkala untuk tempoh 15 tahun (katakan) sebanyak RM200 setiap bulan, dalam masa 15 tahun dan kesan compounding (pulangan atas pulangan), berikut ialah jumlah tabungan tersebut (profit rate 15% setahun) dari tahun 1 hingga tahun ke 15:

1 : 2572.07
2 : 5557.61
3 : 9023.1
4 : 13045.67
5 : 17714.9
6 : 23134.72
7 : 29425.8
8 : 36728.21
9 : 45204.51
10 : 55043.41
11 : 66463.96
12 : 79720.41
13 : 95107.9
14 : 112969
15 : 133701.35

(sila rujuk http://www.math.com/students/calculators/source/compound.htm untuk pengiraan)

Pada tahun ke 15, kita ada RM133,701.35 dalam akaun unit amanah, manakala baki loan perumahan kita pada tahun ke 15 ialah RM129,531.00. Masa ni kita boleh decide untuk lunaskan (settle) loan rumah kita menggunakan duit dari tabungan unit amanah secara sekaligus (RM133,701.35 – RM129,531.00) dan masih berbaki di tangan sebanyak RM4,170.35.

Nampak tak? boomerang sudah balik ke tangan. Maksudnya, kalau nak lagi cepat boomerang balik ke tangan (lagi pendek tempoh bayaran balik), saving ler lagi banyak. Macam contoh kat atas tu, kalau saving RM270 sebulan, dalam tempoh 13 ke 14 tahun je dah boleh settle loan rumah tu. Sebab tu saving ni penting yop. Tapi bukan saving bawah bantal, tak banyak return dia, kasi taruk dekat tempat yang power return dia dan low risk dari segi fund yang dia laburkan. Ini untuk long term return, bukan fast return.

OK yop, aku harap korang boleh ambik iktibar (peh macam ceramah ugama) dari contoh di atas. Aku just share konsep saja kat sini, perkiraan tu mungkin ada la lari la sikit sebanyak. Bagi yang dah tahu dan dah terror, benda ni takde apa pun kan. Bagi yang tak paham lagi setelah baca konsep ni, sila print artikel ni dan minumlah air rebusannya 2 kali sehari, waktu pagi 1 sudu dan malam sebelum tidur 1 sudu lagi, mudah-mudahan senang paham..hehehe..gurau je yop.

OK ler, mau stop sini dulu. Nanti ada masa kita borak cerita lain pulak. Assalamualaikum.

Terima Kasih

3 thoughts on “Penyelesaian Mudah Loan Rumah yang Panjang

  1. blink5o5

    boleh kalau kita pastikan unit saham itu dapat pulangan sebanyak 15% – 20 %. kalau pulangan kurang dari 15% bagaimana pula.

Comments are closed.