Jangan Bersabar Dengan Perkara Yang Baik

      2 Comments on Jangan Bersabar Dengan Perkara Yang Baik
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Aritu aku lunch dengan sorang kawan lepas abis satu meeting. Sambil2 dok makan, kami dok sembang-sembang. Sekali tersentuh pasal sikap orang yang suka bertangguh atau dalam erti kata lain suka “bersabar”.

Kawan aku ni cakap, dia cukup tak setuju dengan konsep sabar pada perkara baik. Sepatutnya, benda baik kita kena berebut-rebut nak siapkan cepat. Supaya, manfaatnya bukan saja untuk diri kita, malah orang lain pun dapat sama. Lepas tu, kita boleh buat banyak benda baik lain lagi.

Wow, betul jugak tu. Orang kita ni terkenal dengan sikap “penyabar”nya. Bila anak tak solat, kita “sabar” dan cakap nanti dia dah besar, dia solat la tu. Anak-isteri tak tutup aurat, kita “sabar” jugak, sebab satu hari nanti hidayah datang macam Wardina dan Irma Hasmi, insyaAllah mereka akan tutup aurat jugak.

Wah-wah.. memang terkena dekat batang hidunglah. Bukan nak kata orang lain, aku sendiri pun dua kali lima. Kalau bab kerja-kerja yang patut boleh disiapkan lebih awal, kadang tu sengaja dilengahkan sebab kononnya “masih ada masa” lagi. Eh-eh… tak rasa bersalah pulak kadang tu..sepatutnya, perkara baik macam tu kita tak boleh sabar, kena ghairah dan gelojoh pun takpe.

Tak dinafikan, sabar ni elok kalau betul pada tempatnya. Biasanya orang yang kuat bersabar atau “cool person” ni, orang yang tak panik. Tapi, adakalanya kita kena ubah jugak perspektif untuk dapat faedah dan kejayaan yang lebih. Mana tidaknya, kalau kita main ikut aje pendapat orang yang suruh kita bersabar tak kena tempat, toksah harapla kita nak berjaya macam orang lain.

Orang yang berjaya ni jarang sangat kita jumpa ada sikap pemalas. Biasanya yang pemalas ni akan suka buat alasan. Kadangkala alasan yang dibuat tu siap dengan perancangan yang teliti hasil dari pengalaman bertahun-tahun mereka dengan sikap “malas”nya itu.

Pernah dengar tak nasihat ni – “Don’t argue with idiots. They’ll drag you down to their level and beat you with experience“. Samala dengan orang pemalas, kalau kita mintak nasihat dari mereka ni, satu hari satu kerja apa pun takkan siap. Dia akan suruh kita relaks sebab kononnya benda yang kita nak buat tu takkan ke mana. Bahaya kalau kita terpengaruh dengan orang macam ni.

So, kawan-kawan, mari kita buang sikap tak betul tentang bersabar ni. Kalau benda yang kita tengah buat ni adalah benda baik, jangan sabar, kena gelojoh dan tamak haloba (pasang niat ikhlas kerana Allah). Contoh, kena bersemangat dan rajin bila buat amal ibadah. Kena rajin dan berdedikasi bila cari rezeki halal. Kena rajin dan fokus bila buat sesuatu tugas yang diamanahkan demi kejayaan hidup kita dunia dan akhirat.

Errr..cukup sini dulu ye.. harap bersabar kalau blog ni bersawang sikit sejak dua menjak ni.. sehingga kita berjumpa di posting akan datang pulak (yang taktau bulan berapa akan update huhuhu)…larrriiiii….

Terima Kasih

2 thoughts on “Jangan Bersabar Dengan Perkara Yang Baik

  1. Rumah.Net

    Connie C. Khan says
    I’ve read some good stuff here. Definitely worth bookmarking for revisiting.

Comments are closed.