Rahsia Murah Rezeki Dengan Anak

      10 Comments on Rahsia Murah Rezeki Dengan Anak
Share this..
  • 1
    Share

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Kita biasa dengar orang cakap pasal kalau kita dapat rezeki lebih tu, sebab rezeki anak. Aku memang suka falsafah ni, sebab aku rasa benda ni macam ada kebenarannya.

Percaya tak, biasa orang yang baru dapat baby, akan murah rezeki. Tak taulah kebetulan atau tidak, tapi dah selalu terjadi pada diri aku sendiri. 2 minggu lepas, lahir baby boy ke 6 kami. Alhamdulillah sihat walafiat baby kami tu. First time wife aku beranak kena bedah (caesarian). Tengok proses dan saat-saat kelahiran tu, aku memang tabik spring dekat isteri kita. Sakit yop aku tengok proses nak beranak ni.

anak

Kalau bagi kat lelaki, aku tak jamin ada orang sanggup weiii… Tu pasal, kita lelaki ni jangan dok eksen sangat atau ambik sikap sambil lewa jaga anak bini. Kita bukan tahan rasa perit dan sakit lahirkan anak-anak yang wife kita tanggung. So, kalau ada wife mintak belikan rantai leher sekilo sebagai hadiah, belikan aje hehehe..


Baby ke 6 aku ni, kitorang kena bayar sendiri bil hospital. Sebab ikut terma medical benefit company aku, dia hanya cover sampai anak ke-5 je, so sendiri mau ingatla nak setel bil untuk anak ke 6 dan seterusnya. Nak dijadikan cerita, seminggu sebelum baby baru ni lahir, company ada bagi bonus, memang rasa lega la jugak. Lepas tu, wife aku pulak dapat tahu, company dia akan cover sikit untuk kos bersalin sebab selama ni dia tak pernah guna medical benefit dari company dia. Ya le, sebab company aku dah cover satu family.

Lepas je baby lahir, aku terima SMS dari Pie pasal condo JV yang kitorang nak jual di Melaka. Dulu dah ada pembeli, tapi bukan bumiputra, so proses tukar status sangkut dekat pejabat tanah menyebabkan pembeli tu cancel. Pie SMS yang pembeli baru dah lulus loan bank. Kena tunggu lawyer uruskan dokumentasi dengan bank pembeli baru, lepas tu kami akan dapat payment. Wow! syukur alhamdulillah, rezeki anak baru.

Petang semalam pulak, boss aku offer new post, insyaAllah kalau confirm, dapatla sikit lagi rezeki kami anak-beranak. Alhamdulillah ya Allah.

Aku tau, ada orang takut nak ada anak ramai sebab risau pasal kos sara hidup yang semakin meningkat. Bayaran nak hantar anak ke nursery, sekolah, universiti, insurans, perubatan dan makan pakai diaorang ni besar. Tambah yang duduk dekat KL atau bandar-bandar besar, lagi perit kalau pendapatan cukup makan aje. Tapi percaya atau tidak, kalau kita bujang takde anak sekali pun, tak semestinya rezeki kita banyak. Allah dah tetapkan rezeki kita ni sesuai dengan keperluan dan kemampuan kita. Benda ni subjektif, tapi hukum Allah memang sentiasa betul dan penuh hikmah.

Ada orang, bila anak semakin ramai, dia jadi lebih rajin dan kreatif merencana perbelanjaan, tabungan, dan teroka peluang yang macam-macam. Itu yang rezeki pun datang melimpah-limpah.

Bila kita dah sebati dengan sikap positif untuk berusaha lebih kuat, maka banyak lagi peluang tambah rezeki yang kita bakal perolehi insyaAllah. Kita kena ingat, kadang tu ada juga keluarga yang susah, miskin dan serba kekurangan mempunyai anak yang ramai tapi rezeki tak bertambah jugak. Jangan pulak kita tengok buat tak faham. Kalau kita yang ada lebihan rezeki ni tengok sebelah mata saja, mereka memang akan lebih merana.

Rezeki mereka sebenarnya mungkin datang melalui bantuan kita dan masyarakat sekeliling. Itu kita kena faham, bukan salahkan mereka dengan tuduhan “beranak je tau, tapi nak bagi makan anak tak tau”.

So, jangan serik tambah anak lagi yop hehe.. bagi yang belum atau bakal berkahwin tu, selamat menambah ummat nabi Muhammad, rezeki anak pasti ada 🙂

Terima Kasih

10 thoughts on “Rahsia Murah Rezeki Dengan Anak

  1. aBu

    Betul tuh tuan, saya sokong sangat2 berkenaan anak membawa rezeki. Walaupun saya bujang lagi,teringin sangat nak kawen dan cepat dapat anak.
    Bila lah dapat bersua dengan tuan, pie2020 and the geng. Syiok giler dan membara jiwa bace blog2 kome sume, huhu..

  2. Rumah.Net

    Mahdy says
    Selalu berkata jujur dan pnantag menyerah, walaupun sering melakukan kesalahan tapi tak pernah malu untuk meminta maaf dan terus berusaha untuk bisa menjadi lebih baik.

  3. pekan

    sangat setuju ngan uncle dodi.. pengalaman aku pun sama.. tabik pada yang ramai anak.. aku beranak tiga aje.. bukan takut tak cukup makan, cuma tak larat nak jaga.. lasak yang amat..

  4. kayzen

    tahniah Dodi.. anak ke-6 tuh.. berkenaan rezeki yang datang bersama anak tu aku setuju.. setakat ni dah 3 org anak dan slps setiap sorang dilahirkan.. lepas tu mesti ader je rezeki “besar” yang kami sekeluarga dapat..

  5. Rumah.Net

    silver price says
    Saya bukan sahaja titik beratkan pasal medical coverage kat husband dan anak saya je..pada adik2 dan mak ayah saya juga..sebab saya memang dah banned Hospital Klang tu kan..jadi saya tak bagi pon diorang refer ke sana kalau ade emergency..saya sanggup bawak diorang ke PPUM (half government) macam kes adik no 3 saya last month kena emergency operate sebab suspected hernia..tapi rupenye2 radang..kos checkup and operate makan dalam RM1K tapi takpela saya dulukan duit saye dulu sebab adik saya memang takde insurance and medical benefit company dia kena claim..means ko hulur la dulu duit sendiri,later 2,3 bulan la baru kompeni bayo balik..saya puas hati dengan treatment PPUM,cepat and pantas sebab memang dah kritikal kes adik saya tu..kalau tunggu lambat sikit boleh mati pucuk jadinya ..as kakak sulung memang dah jadi tanggungjawab saya la urus semua ni..nak soh mak ngan abah diorang pon jenis tak reti sangat bile kes2 kecemasan..mak saya paling habis nangis sebab risau..masuk hari sabtu,doktor monitor sambil masukkan antibiotik and nampak bengkak tak surut ,ahad tengahari dah operate and isnin dah discaj..selesai masalah..tapi yela kosnye lebih la sikit dari government hospital but still bearable for us yang tak kaya ni.

  6. topeq

    tahniah uncle..no 6 dah…murah rezeki..kadang2 yg ramai anak tu susah masa kecik2..bila da besar2 semuanya berjaya…rezekinya dtg lambat skit.. 😀

Comments are closed.