Selamat Tahun Baru 2013

      Comments Off on Selamat Tahun Baru 2013
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Assalamualaikum dan Salam sejahtera rakan-rakan blog dan pemerhati bebas (macam pilihanraya dah dekat la pulak). Masuk jugak tahun 2013 ni ye, ya lah.. ada kaum mana tah dok predict akhir zaman pada tahun 2012… tup-tup semua tu tahyul mahyul.. Allah saja yang tahu bila datangnya kiamat. Kita ni kena bersiap-sedia segala kudrat yang ada dalam menambah amal ibadat dan bekalan untuk hadapi kiamat kecil (mati) dan besar kelak.

Masuk tahun baru ni, macam-macam hajat baru diucapkan oleh orang. Tak kisahlah, hajat ni macam usaha jugak. Mula-mula berhajat, lepas tu disusuli dengan usaha, lepas tu doa dan tawakkal. Tak semestinya masuk tahun baru je baru kena pasang hajat. Bila-bila masa pun boleh pasang hajat. Siap ada solat sunat hajat lagi bagi yang nak dapat pahala sambil nak pohon perkenan Allah.

So apa hajat korang tahun 2013 nih? kalau nak berhajat biar spesifik. Hajat ni macam doa jugak, kena spesifik baru ada dorongan untuk berusaha ke arah tu.

OK Yop, kena gerak dulu… ada masa sambung cerita lain pulak. Wassalam.

Terima Kasih