Bisnes Pilihanraya

      Comments Off on Bisnes Pilihanraya
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Bulan 3 Pilihanraya!.. huhuhu.. spekulator tak bertauliah kat luar sana bukan main dok canang sana sini, general election is just around the corner. Tapi betul ke tidak, kita tunggu dan lihat je nanti.

Sekarang ni pun, aku tengok ramai yang dah mula bersiap-sedia mulakan ‘kempen’ awal. SMS ucap selamat tahun baru lah, selamat maulidurrasul lah dan macam-macam lagi dah mula bertalu-talu masuk ke handphone. Dari mana diaroang ni dapat no. phone kita dan dapat kebenaran untuk SPAM macam tu pun aku tak pasti. Kalau report, sure ‘kena’, tapi kadang tu bukan ahli politik tu pun yang hantar, ‘juak-juak’ diaorang punya kerja.

Dalam pada parti politik dok sebok berkempen nak raih undi, geng-geng bisnesmen pun rancak cari peluang bisnes lebih. Dari bisnes buat t-shirt, topi dan merchandise hinggalah ke bisnes canopy, PA system dan event management. Semua tengah hot dan tak menang tangan ambik order. Pengacara majlis, photographer, catering, pengawal peribadi, driver, homestay, hotel bajet dan lain-lain pun tumpang sekaki time-time macam ni.

Zaman facebook dan twitter ni, ada yang ambik upah untuk upload dan update info terkini ahli politik yang sibuk berkempen satu Malaya. Pendek kata, sapa yang bijak cari peluang, mesti ada ‘lubang’ untuk tambah pendapatan tambahan. Cuma jangan sampai terlibat dengan aktiviti tidak dihalalkan syarak sudahlah. Duit banyak pun apa gunanya kalau tak halal ye tak.

So, korang yang nak cuba cari duit tambahan tu, kena lah start ‘bukak mata’ luas-luas, tengok apa yang boleh dibuat untuk ‘kaut peluang’ time nak pilihanraya macam sekarang ni. Aku nak bisnes jual bendera je OK tak? hehehe..

Jumpa lagi next time yop! Salam Maulidurrasul.. selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W…

Terima Kasih