10 Tips Mudah untuk Bakal Graduan Yang Nak Mula Kerja

Share this..
  • 2
    Shares

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Aku ingat lagi masa kecik-kecik dulu, time pegi sekolah, selalu cikgu cakap, kalau sapa belajar rajin, nanti besar boleh masuk Universiti. Mak bapak kita pun selalu ulang benda yang sama untuk beri perangsang supaya kita tekun belajar. Ya lah, mak bapak aku tak sekolah tinggi, so harapan mereka hanya pada anak-anak untuk lebih berjaya di masa depan. Pada firasat mereka, orang yang masuk Universiti akan dapat kerja hebat, dapat gaji besar, dan akan berjaya dalam hidup.

Masa cepat berlalu, dah hampir 18 tahun aku grad dari first degree di UTM dulu. Kalau tanam pokok durian, dah berbuah 3-4 kali dah. Seingat aku, waktu ambik degree dulu, walaupun major aku bukan Accounting & Finance, ada satu subjek Ekonomi kitorang kena ambik. 3 jam kredit. Lecturer dia perempuan (asal perempuan je mesti ingat hehe..). Faizah ke Fauziah nama lecturer tu, aku dah lupa. Apa pun aku nak ucap terima kasih sebab ilmu yang dishare. So sekarang time aku pulak nak share something untuk bakal graduan.

Dalam kelas ekonomi tu, aku tak perasan ada ke tak lecturer cover pasal perancangan kewangan atau bajet untuk bakal graduan. Rangkuman secara umum apa itu ekonomi, pendapatan per kapita, teras industri dan lain-lain ada la diajar dan dibincangkan. Tapi secara spesifik, sebagai bakal graduan, tak kira apa jurusan yang diambik sekalipun, tak dihighlight topik pelaburan dan perancangan kewangan yang boleh mereka mulakan sebaik grad.

So, aku terpanggil nak bagi few tips mudah kalau korang yang dah nak grad tu nak ambik tau. Bagi yang dah tau, sebar-sebarkan dekat kawan-kawan yang masih tak tau (sharing is caring)..

Pertama, cari kerja yang bersesuaian, biarpun tak sama dengan kelulusan (ye lah, ada yang cakap kerja susah sekarang).
kerja pertama ni penting untuk set landasan kerjaya kita pada masa depan. Tak semestinya, kerja tu kena gaji besar, atau duduk office besar. Yang penting, kita dapat praktik ilmu yang kita timba masa dekat Universiti dulu. Jangan terkejut, jika semua yang kita belajar dulu takde satu sen pun digunapakai. Itu secara lahiriah aje, tapi secara rohaninya, korang yang grad Uni ni telah diasuh untuk berdikari, cepat belajar dan boleh work under pressure (ini kes suka buat kerja/assignment/study last minute kan?).


Kedua, sebaik saja dapat kerja yang bersesuaian (jangan memilih kalau dah susah dapat kerja ok), setkan bajet peribadi.
Apa yang perlu ada dalam bajet peribadi? antara lain ialah, wang saku untuk belanja harian, bayar hutang (PTPTN ke, maka bapak ke, bank ke..) dan sedikit simpanan. Bila dapat saja duit gaji, jangan jadi mereng (hilang ingatan) nak pegi order kereta lah, nak pegi melancong lah, nak beli kapal selam lah dan macam-macam benda tak penting lagi. Check dulu bajet peribadi yang korang buat tadi tu, dan belanja ikut perancangan yang dibuat. Monitor dan perbaiki mana-mana yang tak betul.

Ketiga, masuk pelaburan mudah. Yang paling jimat untuk bakal graduan ialah masuk koperasi.
Bank Rakyat, Koperasi Permodalan Felda (bagi anak peneroka dan pegawai Felda), Koperasi pekerja syarikat tempat korang kerja dan lain-lain. Koperasi yang berdaya saing (ada jugak yang lingkup) biasanya akan bagi dividen yang baik (minimum dalam 5%) setahun atas modal yang kita carum. Kalau simpan bawah bantal saja, duit kita tu tak membiak. Satu lagi, kalau nak buat loan kecik-kecik, koperasi biasa bagi rate yang lebih baik dari bank.

Keempat, duduk dengan family (kalau tempat kerja dekat rumah) atau menyewa beramai-ramai.
Untuk kurangkan kos sara hidup, sebagai permulaan, cuba duduk dengan family yang ada bilik/katil kosong untuk korang tumpang. Bayar la sikit kat diaorang, macam tolong setel bil api/air ke, atau belanja dapur sedikit sebanyak. Biasanya mereka faham sebab dulu pun masa diaorang nak mula hidup pun menumpang jugak. Kalau takde pilihan, cuba cari rumah sewa yang setimpal dengan bajet peribadi korang, dan sewa ramai-ramai. Aku dulu, rumah sewa untuk aku balik tidur, basuh baju dan simpan barang aje. Most of the time, aku duduk office (tido office pun kerap hehe).

Kelima, naik pengangkutan awam (aku nak rekemen naik moto, tapi korang berani ambik risiko ke?).
Biasa-biasakan naik pengangkutan awam waktu mula-mula kerja ni. Aku dulu, ada motor cabuk je masa start kerja. Masuk tahun kedua kerja baru mampu bayar down payment beli motor kapcai baru. Itu pun, puas simpan duit makan sikit-sikit sebab motor cabuk aku dah patah dua gara-gara terjun lubang balik rumah waktu malam (sekarang jalan tu dah takde, rumah-rumah elit tumbuh kiri-kanan, gilos betul dari tempat jin bertendang boleh tukar jadi cam sekarang).

Keenam, cari boifren atau gelpren yang memahami. Niat untuk kahwin, bukan maksiat.
Aku taulah, korang ni belum abis study lagi, gelpren/boipren dah ada. Hati-hati sikit, selagi korang tak kahwin, banyak dugaan dia (mesej berunsur dakwah). Termasuk jugak, bajet pun boleh lari disebabkan asyik nak dating atau belanja kekasih. Seeloknya, baru-baru kerja ni, toksahlah membazir sangat. Kalau perlu nak belanja makan ke apa ke, cari tempat yang jimat dan bermakna (dalam maksud ni). Lagi bagus, korang simpan duit banyak-banyak untuk belanja nikah (ini yang wajib kan).

Ketujuh, Beli takaful (insurans) perubatan atau nyawa (dulu orang melayu skeptik sikit bab insuran nyawa ni sebelum ada Takaful)
Masa umur korang masih muda, premium insurans jauh lebih murah compare waktu dah tua nanti. Pilih pakej dan coverage yang bersesuaian dengan premium (bayaran bulanan) yang perlu dibayar. Check jugak success story dari ejen insurans/takaful tu, kadang tu masa kempen suruh kita carum, bukan main berkobar-kobar, tapi service masa kita dalam kesusahan hampeh. Nanti, bila korang dah lama kerja dan gaji makin besar, boleh upgrade pakej sedia ada kepada yang baru (dengan sum coverage yang lebih besar dan baik). Bincang dengan ejen baik-baik dan mintak dia explain sampai paham sebelum buat komitmen. Insurans ni once dah ambik kena pejam sebelah mata. Sebab dia akan deduct gaji kita tiap-tiap bulan. Ada jugak insurans/takaful yang link dengan saving plan. So, kita akan dapat faedah saving jugak.

Kelapan, NO CREDIT CARD (kecuali bagi yang selalu kena outstation).
Credit card adalah antara penyebab utama graduan yang baru bekerja akan bangkrap atau pokai. Seboleh-bolehnya, biasakan berbelanja atau membeli dengan tunai. Maknanya, kalau ada duit, baru boleh beli, takde duit, tak boleh beli. Tapi kalau ada credit card, duit takde atau belum gaji pun dah boleh mula berbelanja. Bahaya macam ni yop. Dulu-dulu, takde credit card, boleh je hidup. Ada sikit exception sekiranya korang selalu kerja luar (outstation). Kadang tu, nak check-in hotel, credit card lebih convenient. Tapi kena waspada, guna credit card untuk tujuan itu aje, shopping ke ape ke – No No!. Make sure langsaikan semua baki sebelum tarikh akhir. Jangan amalkan bayar minimum payment saje, nanti bunga dia akan berganda sampai korang tak boleh setel (macam Along jugak).

Kesembilan, Sedekah dan zakat.
Percaya yang satu ni. Setiap sedekah, zakat dan pemberian yang ikhlas dari sumber rezeki yang halal, akan Allah gandakan dengan rezeki baru. Disiplinkan diri untuk mula amalkan sejak dapat gaji pertama lagi.

Kesepuluh, Monitor, Revise dan Improve.
Setiap perkara yang kita buat mesti ada kelebihan dan kelemahan. Begitu juga jangka waktu ianya patut dilaksanakan. Tak boleh statik dan tiada penambahbaikan (improvement). Benda ni kena praktis, lama-lama jadi biasa. Set perancangan kewangan/bajet jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang. Lepas tu kena monitor perkembangan. Mana yang ada cacat cela, cepat-cepat perbaiki. Kenalpasti peluang dan ruang untuk tingkatkan lagi sampai korang jumpa bajet yang betul-betul mantap.

Once korang dah buat kesepuluh tips kat atas tu, bolehlah mencuba untuk join the millionaire mindset club. Walaupun harta belum berjuta, fikiran jutawan tu kena ada, baru gerak langkah pun menjurus ke arah tu. Kita nak jadi kaya bukan sebab suka pada kekayaan semata-mata, tapi sebab kita suka proses dan cara memperolehinya. Sebab faedahnya bukan untuk diri kita dan keluarga sahaja, malah kita dapat kongsi dengan orang lain yang tidak berpeluang mendapatnya macam yang kita dapat. Bukankah ini lebih seronok bila dapat kongsi dengan orang lain jugak? (tanggungjawab menyampaikan rezeki kepada mereka yang berhak). Lagi ramai orang Muslim yang bertanggungjawab kaya, lagi makmur dunia ni, betul tak?.

So, make sure korang yang bakal tamat pengajian di kolej, Universiti atau institusi pengajian tinggi yang lain sudah bersiap sedia untuk masuk ke alam pekerjaan yang penuh mencabar. Jangan main masuk aje tanpa perancangan rapi, nanti terjebak dalam perangkap nafsu, susah nak perbaiki.

OK Yop, kalau korang dah baca sampai baris terakhir ni, tolong share dengan kawan-kawan lain pulak (klik share button kat bawah tu). All the best Yop!

Terima Kasih

One thought on “10 Tips Mudah untuk Bakal Graduan Yang Nak Mula Kerja

Comments are closed.