Kisah Orang Kaya dengan Orang Yang Nak Jadi Kaya

      5 Comments on Kisah Orang Kaya dengan Orang Yang Nak Jadi Kaya
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Kalau kita tanya rata-rata manusia dekat muka bumi ni, ramai yang nak jadi kaya. Biasanya yang belum jadi kaya, paling bersemangat dan bercita-cita nak jadi kaya satu hari nanti. Bagi yang dah memang kaya pulak, mungkin nak cari peluang untuk tambah kekayaan lagi.

Kalau korang baca buku, artikel, dengar ceramah, pergi roadshow atau borak-borak dekat kedai kopi, dah macam-macam cerita dan teknik dikongsi untuk dijadikan panduan. Pendek kata, kalaulah dirakam semua hasil perbualan dan pembacaan tu, mungkin dah sama panjang dengan masa kita belajar di Universiti dulu. Dah boleh dianugerahkan PhD atau setidaknya “Degree in Mendengar dan Membaca Tapi Tak Buat Apa-Apa” hehehe.. jangan marah yop, aku pun dapat jugak degree ni hehe..

Seronok bila dapat dengar cerita macam mana orang yang biasa-biasa je boleh bertukar jadi kaya. Seronok sampai tak sedar air liur meleleh dekat pipi sebab terliur dengan apa yang dimiliki mereka sekarang. Lepas satu, satu cerita yang kita dengar, buatkan semangat kita nak jadi kaya semakin berkobar-kobar. Tapi, kenapa kita masih tak kaya jugak?

Aku teringat masa attend kongres Malaysia SME tahun lepas di Sunway Convention Center. Salah sorang speaker yang diundang ialah seorang makcik jual biskut. Makcik ni ‘share’ kisah hidup dia berniaga biskut. Bermula dari dapur rumah, lepas tu buat bangsal tepi rumah, sehinggalah dia mampu buka kilang besar dan pasarkan biskut dia hingga ke luar negara. Dia cerita macam mana dia develop bisnes biskut dia dari kecik sampailah ke besar. Rupanya, ada satu tahap, bila bisnes dia dah maju, dia pernah alami kegagalan sampai bisnes dia kembali ke basic. Mula balik dari dapur rumah. Sampaikan ada satu ketika masa bisnes dia teruk, nak isi minyak kereta pun dia takde duit. Tapi berkat kesungguhan dan usaha gigih tak kenal erti penat lelah, dia bangun semula dan terus berjaya. Perniagaan dia sekarang dah bercambah ke bidang-bidang lain pulak dan turut sama diusahakan dengan anak-anak. Nak tau sapa ‘makcik’ ni?, dialah pemilik Noraini Cookies.

Kisah macam ni memang beri inspirasi dan semangat membara untuk kita jadikan teladan. Kisah macam mana mereka yang sanggup berenti kerja semata-mata nak usahakan apa yang mereka yakin boleh berjaya. Ada yang terus capai kejayaan, namun ada juga yang tersungkur. Macam-macam cabaran yang peniaga kena tempuh, terutama bila berkait dengan modal pusingan, persaingan, pasaran dan ketahanan mental dan fizikal untuk terus kekal dalam perniagaan.

Orang yang kaya dan berjaya biasanya ada ciri-ciri luar biasa yang tiada pada orang yang belum kaya. Pengalaman kejayaan mereka mungkin tak diceritakan satu persatu, tapi kita kena tahu, perjalanan untuk berjaya banyak liku dan rintangan. Kalau tak tahan dengan cabaran yang bakal mendatang, kita jangan ‘jealous’ dengan geng-geng hartawan ni. Bak kata Azizi Ali dalam sebuah buku dia, “millionaires are from different planet!”.

Kat luar sana, korang sure perasan macam-macam seminar orang dok buat untuk share tips nak jadi kaya atau buat bisnes yang berjaya. Ada yang OK, ada jugak yang macam tak logik. Macam-macam jugaklah profil penceramah yang ‘claim’ mereka sudah pun jutawan dipaparkan untuk tarik minat peserta. Tak kisahlah samada betul atau ‘kelentong’, yang penting, kita nak dengar tips dan idea-idea yang baik. Ini satu perkembangan yang seronok dan menyeronokkan. Seronok sebab kita dapat dengar cerita-cerita best. Menyeronokkan pulak, bila habis seminar, masing-masing akan balik rumah, simpan nota dan tunggu seminar lain pula. OK la, ada la 2-3 kerat yang ambik langkah permulaan untuk berubah. Yang lain-lain, kebanyakannya akan duduk termenung memikirkan apa yang patut dibuat.

Aku tak cakap dekat orang lain, aku sendiri pun alami ‘sindrom’ duduk termenung ni. Kadang tu sebab dah letih. Letih sebab dah cuba macam-macam tapi hasilnya belum jugak datang. Nasib baiklah ada jugak yang ‘tersangkut’ sedikit sebanyak untuk cover losses dari usaha yang kurang berjaya. Orang kata adat berniaga lah, ‘you gain some, you lose some’. Tapi kalau rugi lebih besar dari untung, kena buat post mortem cepat-cepat yop..

Kadang tu, kita fikir terlalu tinggi. Nak cari bisnes ‘power’ dengan harapan untungnya pun ‘power’ jugak. Hakikatnya bisnes ‘power’ tak semestinya kena buat benda yang gempak-gempak. Kadang tu benda yang simple-simple je pun dah boleh buatkan kita untung besar, asalkan ada daya saing dan kekuatan untuk beri pulangan yang memberangsangkan.

Contoh macam semalam, aku dok pusing-pusing taman perumahan aku ni, saje nak jenguk-jenguk apa perubahan terkini. Ada yang dah renovate rumah jadi ‘mahligai tersepit’ (sebab rumah dia teres intermediate), ada yang tambah kereta sampai parking melimpah ke pagar rumah jiran, ada yang rumahnya masih ‘basic’ tapi depan pagar rumah ada van sekolah baru!. Aku respect cara berfikir jiran aku yang satu ni. Orang lain sibuk beli kereta baru, MPV baru, 4×4 baru, dia pulak beli van sekolah baru…hehehe..bijak..bijak.. tak sure lah dia sendiri bawak ke, atau dia upah orang. Mungkin ‘pelan persaraan’, mungkin jugak ‘part time business’ dia.

Aku diberitahu, ada pengusaha bas sekolah yang ada beberapa bijik bas dan van, boleh dapat pendapatan kasar dalam 20-30 ribu sebulan… Wow! lumayan tu. Kalau dicongak, seorang pelajar purata bayaran bas sekolah dalam RM100. Kalau satu van boleh muat 12 orang satu trip (biasa la diaorang akan sumbat anak kita macam sardin). Biasanya pengusaha bas sekolah akan buat beberapa trip sehari. Awal pagi 2 trip, lepas tu untuk budak Tadika 2 trip lagi, so total 4 trip sehari (in between, mungkin ada trip-trip tambahan untuk yang transit). So RM100 x 12 x 4 = RM4,800 sebulan. Kalau dia ada 5 bijik van sekolah, pendapatan kasar sebulan RM4,800 x 5 = RM24,000. Amacam OK tak? hehehe…

Masa aku sampai rumah, kebetulan anak sulung aku cuti, aku cakap la, abang.. kalau abang malas nak belajar, abang kerja dengan abah aje la.. abah belikan van sekolah, abang bawak, abah gajikan RM2K sebulan..hehehe muka dia aku tengok tercengang-cengang je hehehehe..

OK lah yop, apa pun yang korang nak buat, bila dah jadi kaya tu, jangan lupa mana asal-usul kita. Orang kata, bila berjalan tengok kat bawah, jangan dongak ke langit. Jangan lupa keluarkan zakat dan sedekah. Jangan lupa rezeki yang Allah bagi tu, bukan untuk diri kita sorang je, kita diamanahkan untuk agihkan dan infaq ke jalan Allah semula. Ingat tu, cari duit dan kekayaan banyak-banyak untuk beri manfaat semula kepada orang yang memerlukan, sebab dengan cara macam ni sajelah kita dapat hidup aman damai, tak kira kaya atau miskin, masing-masing saling lengkap melengkapi.

Wassalam.

Terima Kasih

5 thoughts on “Kisah Orang Kaya dengan Orang Yang Nak Jadi Kaya

  1. aBu

    Salam Tuan rumah.net,

    Saya sgt suke dgn entry ini..thats the reality nowadays, and it getting worst among young generation yang rakus mengejar kekayaan duniawi tanpa mempedulikan halal haram dan akhirat.

  2. kl-car rental

    terima kasih atas info yang diberikan..marila kita sama2 mengubah mentality masing2 atas erti sebenar kejayaan

  3. Lynn

    Hehe..memang menarik kisah yang dikongsikan dientri ini.
    Sindir lembut dalam gurauan. Mantap.

  4. roswary

    nak jadi kaya bukan mudah.. dengar orang sembang mmg gempak. yg penting isaha uarus diteruskan. untuk mendaki kenpuncak mmg payah. tapi bila dah sampai kepuncak, ada pemandangan indah menanti kita.

Comments are closed.