Rahsia Besar Berjaya Dalam Bisnes

      Comments Off on Rahsia Besar Berjaya Dalam Bisnes
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Assalamualaikum sahabat-sahabatku sekalian. Arakian tersebutlah hikayat Sang Rajuna Tapa bersemayam disinggahsananya untuk berbicara dengan sekalian rakyat jelata… eceh ce ceh… dah macam tok karut wayang kulit lah pulak yop hehe..

Sejak dua menjak ni, aku tak dapat update selalu blog ni macam biasa. Bila nak tulis blog ni dia kena jiwa tenang dan kepala happy, baru mood dan benda yang nak ditulis tu menjadi hehehe (alasan je tu yop, sebenarnya malas kui kui kui).

OK, tanpa membuang masa, aku nak share pengalaman aku duduk dengar business coach session dengan COO Al-Ikhsan group.. ala company yang jual peralatan sukan yang beratus cawangan dia seluruh Malaysia. Dulu aku ingat bukan bumiputera yang punya, rupanya orang kita punya yop.

Aku join event di JB hari Rabu minggu lepas, event TM SME BizFest 2013 (untuk small medium enterprise). Biasa la event macam gitu, ramai speaker-speaker hebat yang share pengalaman dan pengetahuan mereka berniaga. Seronok dan membakar semangat jugak bila dapat dengar rahsia-rahsia hebat bagaimana mereka share rahsia untuk berjaya dalam perniagaan.

Dalam banyak-banyak sesi yang ada, satu sesi di akhir event tu yang sangat-sangat aku suka. Dia panggil sesi tu “BizOn” di mana seorang mentor akan bagi business coach kepada small group of participants. Kebetulan aku dapat join group yang mentornya ialah COO Al-Ikhsan. Group tu terdiri dari makcik-makcik, budak baru lepas grad dan average age people dalam group lebih kurang 15 orang tu. Ada yang jual makanan kesihatan, perabot, kain baju dan macam-macam lagi. Aku join lewat sikit sebab leka berbual dengan kawan dekat exhibition hall.

Masuk-masuk je, group tu dah siap dalam bulatan (kerusi disusun dalam bulatan), dan mentor sedang rancak bercakap. Aku slow-slow cari seat kosong betul-betul 2 kerusi dari COO Al-Ikhsan tu. Sedap suara dia, intonasi dan butir percakapan dia macam dah biasa bagi talk motivasi. Sebab aku lewat, aku tak sure topik apa di awal perbincangan tu, tapi mentor sedang share tips untuk buatkan perniagaan berjaya. Best ni, aku pasang telinga betul-betul sambil salin apa yang patut.

Pertama, Kena Cari Ilmu. Untuk berjaya dalam apa saja yang kita buat, mesti kena belajar. Begitu jugak dalam berniaga. Ramai orang Melayu tak sabar nak berniaga bila dengar orang lain berjaya. Tambahan pulak, bila ada yang pegang pada hadis punca rezeki 9 dari 10 ialah dari perniagaan. Tapi, berapa kerat yang sanggup berhabis duit untuk belajar selok belok perniagaan yang ingin diceburi sebelum memulakannya. Tak ramai kan. Biasanya, main cuba-cuba dulu, kalau OK, oklah.. kalau tak OK, cuba bertahan sampailah “kiok” (bisnes gagal).

Kedua, Kenalpasti Apa Yang Pelanggan Mahu, Bukan Apa yang Kita Mahu. Ini lagi satu, kadang tu, bila tengok orang jual jagung, semua orang pakat nak jual jagung. Bila orang jual karipap gergasi (dekat Kuala Selangor aku jumpa ni, depan sikit dari Cendol Bakar), semua dok pakat tiru nak jual karipap gergasi. Takde pembaharuan dan takde kaji selidik keperluan pasaran. Main ikut-ikut je. Macam mana nak berjaya. Kita kena belajar cari apa sebenarnya yang pelanggan cari. Cipta kelainan kalau takde produk yang unik.

Mentor bagi contoh, kalau kita ada 10 ekor lembu, macam mana nak buat orang berhenti dan tengok lembu kita (kalau ada yang nak beli lagi baguuusss). Dia share teknik “purple cow”, ya Lembu Ungu. Oi.. yop.. jangan terlopong besar sangat mulut tu, memang dia cakap cenggitu. Apa kebende purple cow ni yop? Gini, ianya adalah istilah mudah untuk kita cari kelainan, kreatif, dan faham faktor penarik kepada pelanggan. Ada sikit-sikit macam “blue ocean strategy” lah ni. Bayangkan dalam banyak-banyak lembu yang ada kat satu kawasan, lembu kita yang 10 ekor tu semuanya kita cat warna UNGU. Agak-agak, orang akan berhenti dan bertanya tak “apsal lembu encik ni warna ungu?”. Ahaaaa….. kan berjaya tuuu..

Ketiga, Bila dah Ada barang nak dijual, Kenalah Jual Produk tu dan Kutip hasilnya. OK, ini satu lagi masalah orang kita. Produk dah ada, market dah ada, tapi taknak jual bersungguh-sungguh. Main ala kadar aje. Dah lah susah nak maju dan berkembang, di tambah pulak yang membeli ambik secara hutang. Makin ada harapanlah untuk “kiok” bisnes tu lambat laun. Di sini pentingnya ilmu perniagaan dan teknik menarik pelanggan tadi tu digabungkan menjadi skill jualan yang melariskan produk kita di pasaran. Ianya banyak bergantung kepada ketangkasan kita menjual, dan mengutip hasil jualan tersebut.

Lepas tu, Mentor share pulak pasal jenis-jenis jurujual dalam perniagaan. Ada tiga jenis secara amnya. Pertama yang tahu buat “order taker” sahaja. Pelanggan tanya saiz kasut berapa, dia ambik kasut tu, dan balik ke meja cashier atau tunggu pertanyaan seterusnya dari pelanggan. Jurujual macam ni, tak banyak membantu meningkatan hasil perniagaan. Stok barang sure tak boleh habis setiap bulan. Bila dah berlonggok dalam stor, terpaksa jual murah.

Jurujual jenis kedua ialah, “McDonald Sales person”. Bila pelanggan tanya saiz kasut, dia promote sekali stokin. Yang spesis ni, ada peluang dapat bonus tahunan dan boss akan selalu tunjuk tanda bagus.

Jurujual jenis ketiga ialah, Alam Flora atau “Sapu bersih selagi boleh”. Bila pelanggan tanya kasut untuk anak, dia promote “encik taknak beli kasut untuk family sekali ke, boleh bersukan sama-sama satu family, baju jersy, raket, bola semua kami ada, ramai pelanggan saya beli produk ni untuk satu family…(sambil muka senyum sampai ke telinga)”. Hahaha.. jurujual spesis macam ni, susah nak jumpa. Dia rembat selagi boleh, boss kalau ada jurujual jenis ni, bukan setakat bonus, kalau masih bujang, ada can “kenen” anak boss huhu…

Tup-tup, tak sedar 45 minit jugak sesi yang sepatutnya ambik masa 20 minit tu berjalan. Sesi soal jawab banyak berkisar tentang persoalan macam mana nak elakkan gagal dalam berniaga. Selain tips kat atas tu, COO Al-Ikhsan ni share last few tips yang aku rasa sangat-sangat patut kita semua yang Islam contohi.

Pertama, jangan tinggal Solat dan Amalkan apa yang ada dalam Al-Quran (selepas kita baca). Solat tiang agama. Tinggal yang tu, jangan harap Allah nak bantu kita. Quran pulak, banyak ayat-ayat yang beri dorongan, tauladan, pesanan, amaran dan janji-janji Allah untuk kita yakini setiap satunya. Allah akan permudahkan banyak urusan kita bila kita laksanakan apa yang dianjurkan olehNya.

Kedua, bagi yang masih ada Ibu, hormatilah dia semulia-mulia yang boleh. CEO Al-Ikhsan, without fail, akan singgah dulu ke rumah ibunya setiap pagi untuk mintak restu sebelum ke pejabat. Kita ada? ayo-yo…doa ibu tiada hijab yop. Kalau ibu kita doakan kerja kita berjaya, insyaAllah berkat doa itulah perniagaan kita berjaya. Jom kita ikut yop. Kalau takleh pegi rumah emak kita pasal jauh, jom kita call setiap pagi mintak restu sebelum kita masuk kerja.

Ketiga, jangan lupa Zakat dan Sedekah. Satu jariah yang kita beri akan terhasil 7 tangkai. Dari 7 tangkai terbit pulak 700 biji. Bayangkan, 700% hasilnya. Pelaburan apa yang beri pulangan sebanyak ni kat atas muka bumi ni selain zakat dan sedekah?. Sebab tu, orang Islam disuruh berzakat, sebab rezeki jadi subur dan bersih.

Rasanya, tips-tips kat atas tu, kalau kita sama-sama amlkan dengan sungguh-sungguh, insyaAllah boleh beri manfaat yang banyak. Aku nak ucap terima kasih pada Hj. Yuremi, COO Al-Ikhsan Group sebab banyak beri ilmu untuk aku amalkan. So, aku share balik dekat sini untuk korang sama-sama dapat ilmu ni. Kalau korang nak share, sila klik dekat LINK LIKE kat bawah tu, ramai lagi kawan-kawan kita dapat belajar sama.

OK Yop, jumpa lagi dilain kesempatan. Selamat Hari Guru buat semua ustaz, cikgu, pensyarah dan semua yang pernah mengajar aku. Wallahu’alam.

Terima Kasih