Kisah Tentang Bisnes Orang Melayu

      Comments Off on Kisah Tentang Bisnes Orang Melayu
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Assalamualaikum yeop, apa khabar semua. Sedar tak sedar, dah sampai 31hb Disember 2013 dah kita ye. Sekejap je masa berlalu meninggalkan kita. Bertambah lagi setahun pengalaman, pengetahuan dan cabaran hidup yang kita semua lalui. Masing-masing dengan kisah yang tesendiri.

Hujung-hujung tahun ni, biasalah habiskan cuti sambil uruskan persekolahan anak (hehehe..aku Mem yang banyak tolong settlekan, tq bebeh..), ada jugak yang cuti jenguk keluarga di kampung. Dan tak kurang jugak yang bercuti ke luar negara (buat umrah..positif…positif).

Petang tadi, sempat buat last minute shopping barang kelengkapan sekolah yang tak berapa lengkap lagi. Anak-anak aku ni ada macam-macam saiz, pergi kali pertama saiz takdelah, stok tak sampai lagi lah, atau tak jumpa benda yang dicari, so kena datang lain kali. Dan biasanya, bila dah last minute macam ni, orang bukan main ramai lagi dekat kedai. Macam shopping time raya jugak senario dia.

Kami singgah di Uniform Gallery dekat Seksyen 8, Bandar Baru Bangi. Senang dekat situ macam-macam pilihan ada. Dari hujung rambut, sampai hujung kaki barang-barang sekolah disediakan. Siap dapat 10% diskaun bagi yang ada membership card. Dari kedai asal dia di Warta Bangi (sekarang Giant) lagi aku dah pegi, memang bagus owner kedai ni punya wawasan. Fokus pada kelengkapan persekolahan yang memang takkan putus-putus permintaan selagi ada budak sekolah. Smart choice walaupun competition ada, dia pandai olahkan strategi perniagaan dan pelbagaikan produk. Kira memang one-stop-center lah.

Aku masuk kedai tu kejap je, lepas “lemas” dengan orang bersesak-sesak, aku bantai duduk dekat hujung deret kedai kat situ, kebetulan ada pangkin kosong. Tak larat aku nak mengekor pilih barang satu-satu hehehe. Aku perati keliling, banyak kedai kat area situ. Pendek kata majoriti Melayu yang berniaga. Syabas. Bandar Baru Bangi dan Shah Alam ni memang dua lokasi di Lembah Kelang, tempat orang Melayu bertumpu untuk berniaga. Mungkin sebab kepadatan penduduk Melayu di dua kawasan ni paling tinggi, dan kuasa beli pun OK (ramai golongan pekerja dan prasarana yang lengkap).

Cuma terdetik dalam hati, berapa lama mereka boleh bertahan. Ye lah, berniaga ni bukan senang walaupun ilmu dan pengalaman banyak pun boleh lingkup. Sebab tu ramai orang Melayu suka perniagaan berrisiko rendah macam berniaga tepi jalan, pasar malam, berniaga online atau berniaga dari rumah. Bagi yang berani bukan kedai di pusat komersil, mudah-mudahan semuanya boleh terus tabah dan berjaya macam Uniform Gallery.

Cerita orang Melayu berniaga sekejap dan gulung tikar ni dah sebati. Tapi tak semua macam tu. Ada jugak yang meletup dan terus berkembang sampai bukak cawangan merata-rata. Pokok pangkalnya, rezeki Allah dah sediakan, cuma kena berusaha dan tekun dengan apa yang diusahakan. Siapa rajin, dia dapat. Bagi yang gagal, kena kaji dan terima hakikat apa sebab kita gagal. Mungkin ada hikmah Allah nak tunjuk dan ada kejayaan lebih baik Allah nak bagi.

Yang jadi tokey rumah sewa, walaupun tak perlu bukak kedai operasi 24 jam, tetap ada cabaran dia tersendiri. Contoh, penyewa tak bayar sewa. Penyewa jahanamkan rumah. Penyewa selalu komplen dan yang paling tak best, TAKDE penyewa ehehe. Pendek kata, semua jenis bisnes, akan ada cabaran dia. Kita kena selalu belajar dan fokus pada apa yang kita buat. Yang best pasal bisnes rumah sewa ni, kalau kena gaya dia, bisnes ni boleh diwarisi untuk anak-anak, dan boleh jana pasif income yang lumayan. Tahun depan, dijangka barang akan start naik harga, so kena cari jugak kaedah untuk dapatkan pasif income. Insya Allah, takde yang mustahil kalau kita berusaha gigih dan tawakkal kepada Allah.

Alhamdulillah, tahun 2013 ni banyak jugak yang dah aku lalui. Syukur atas rezeki kurniaan dan kesihatan yang Allah berikan kepada aku dan keluarga. Mudah-mudahan tahun mendatang, akan dikurniakan sesuatu yang lebih baik buat kita semua. Bagi yang nak berzakat, hari ni last day untuk bayar zakat tahun 2013 hehehe (boleh claim tax deduction).

8 January 2014 ni, ada satu produk khusus akan dilancarkan untuk SME di Malaysia. Opis tempat aku kerja collaborate dengan local developer untuk provide “Social Commerce” solution for SME. Ada mobile payment, CRM, promo engine, social media integration dan community merchant dan consumer. Benda ni sesuai bagi mereka yang nak all-in-one solution untuk marketing promo dan payment solution (credit card dan online payment) tanpa perlu berbelanja besar. Nak tahu lanjut dan untuk subscribe, masuk website ni http://frenzee.asia/frenzee/.

OK yop, selamat tahun baru 2014 dan jumpa lagi insyaAllah.

Terima Kasih