10 Tips Mudah Untuk Membantu Anda Membeli Rumah Pertama

      Comments Off on 10 Tips Mudah Untuk Membantu Anda Membeli Rumah Pertama
Share this..
  • 3
    Shares

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Assalamualaikum sahabat-sahabat. Haha.. tengah ada mood nak menulis ni..so baik share cepat-cepat sebelum mood hilang ye tak. OK kali ni, mari kita diskas pasal dilema nak beli rumah pertama bagi yang masih tercari-cari atau yang masih tak tahu mana nak mula, dan apa yang patut dibuat.

Sebelum tu, mari kita check dulu perkara-perkara berikut sebagai panduan sebelum memulakan usaha pencarian rumah pertama yang diidamkan.

1. Sudah bekerja atau belum

Jika sudah, berapa tahun anda telah bekerja?. Biasanya selepas 3 tahun, anda yang bekerja di syarikat swasta (tidak semua) atau kerajaan akan layak memohon pakej pinjaman yang disediakan oleh syarikat atau kerjasama dengan bank tertentu (special rate). Anda juga akan mempunyai sedikit “modal” tambahan dari KWSP (EPF) dalam akaun 2 hasil caruman bulanan yang dibuat secara automatik sepanjang 3 tahun lepas. Ini semua dapat memudahkan urusan memilih hartanah yang mampu milik dan sesuai dengan kelayakan gaji dan pakej pinjaman anda nanti.

Jika anda masih belum bekerja, anda tidak boleh membuat apa-apa pinjaman melainkan meminjam dari Abah kau..hehe

2. Sudah berkahwin atau bujang (duda atau janda masuk kategori dah berkahwin hehe..)

Kelebihan membeli rumah selepas berkahwin ialah, anda boleh gabungkan kelayakan gaji, simpanan KWSP, simpanan peribadi dan lain-lain tabungan untuk membeli rumah idaman yang lebih baik. Sebab tu orang suruh kahwin cepat lepas dah sampai seru hehe..

Bagi yang bujang pula, tidak ada masalah untuk membeli rumah, cuma anda haruslah bergaji besar atau telah memiliki wang simpanan atau modal tambahan untuk top-up beza yang diperlukan untuk mencukupkan jumlah bayaran harga rumah yang dibeli nanti. Kes ini tidak terpakai untuk anak tokey balak, tokey emas, tokey ladang kurma dan sebagainya sebab bapak mereka akan belikan dan hadiahkan kepada anak-anak mereka property yang dikehendaki dengan begitu sahaja. Padan muka korang yang takde bapak tokey hehehe..jangan marah.

3. Sudah ada anak dan tanggungan atau belum

Bagi yang sudah mempunyai anak, jenis rumah dan jumlah bilik memainkan peranan sewaktu memilih rumah idaman. Manakala bagi yang masih belum mempunyai anak, anda bebas menetapkan jenis property yang diinginkan bergantung kepada tahap kemampuan (kelulusan pinjaman) dan citarasa atau gaya hidup yang anda inginkan.

Ada juga yang mempunyai ibu bapa atau warga emas yang akan tinggal bersama, mungkin anda perlu ambil kira faktor memudahkan pergerakan warga emas bila memilih antara rumah teres berbanding apartment atau flat (masalah timbul bila lif rosak).

4. Mempunyai pengangkutan (kereta) ke tempat kerja atau tidak

Ramai yang bekerja sukakan kediaman yang hampir dengan pejabat atau tempat mereka bekerja. Masalahnya, takkan ada punya rumah yang dibina khusus untuk kita selepas kita dapat kerja di tempat berkenaan, melainkan kita ditakdirkan bekerja di lokasi jin bertendang, peluang lebih cerah untuk dapat rumah dekat dengan tempat kita bekerja.

Kalau kita ada kenderaan yang sesuai untuk ke tempat kerja (kereta, motor, kapal layar dan sebagainya), tidak menjadi masalah untuk membeli rumah agak jauh sedikit, tapi masih berbaloi dengan kehendak dan kemampuan diri sendiri.

5. Bercadang untuk tinggal selama-lamanya di satu tempat, atau akan berpindah

Ramai juga orang yang berhijrah seperti aborigin dan orang asli dari satu tempat ke tempat lain kerana berpindah tempat kerja, dapat calon isteri di negeri lain atau kerana sakit hati dengan jiran sebelah rumah. Apa pun alasan anda, faktor ini akan mempengaruhi lokasi dan jenis kediaman yang anda ingin beli.

Bagi yang ingin menetap untuk satu tempoh tertentu sahaja, anda mungkin tidak perlukan rumah yang mahal-mahal (kalau bajet tak cukup), tetapi carilah rumah yang praktikal dan sesuai dengan keperluan hidup anda. Bila anda ingin berpindah, rumah tersebut senang untuk dijual atau disewakan sebab faktor praktikal dan kesesuaian yang sama dicari oleh pembeli atau penyewa rumah yang lain.

Bagi yang bercadang untuk tinggal selama-lamanya di sesebuah kawasan penempatan, anda patut menilai segenap segi dari aspek keselesaan, keselamatan, prasarana, persekitaran, jenis rumah dan kejiranan yang anda akan hidup bersama untuk satu tempoh jangka masa yang panjang.

6. Sudahkah anda mencongak dan mengira belanja isi rumah bulanan dan tahunan?

Nak beli rumah ni, harganya bukan ratus ringgit. Ada yang mencecah jutaan ringgit, bergantung pada jenis rumah, jumlah bilik, material binaan dan lokasi perumahan berkenaan. Jadi, pastikan anda cukup duit untuk menyelesaikan bayaran ansuran bulanan yang ditetapkan oleh pihak bank, agar tidak ada masalah di kemudian hari (seperti rumah anda akan dilelong kerana tertunggak bayaran ansuran bulanan).

Seeloknnya, perlu ada perancangan awal dari segi ilmu dan pengetahuan tentang mengurus kewangan keluarga, usaha untuk menambah pendapatan, berjimat cermat dalam berbelanja, membuat tabungan atau simpanan bulanan untuk top-up deposit, kos bayaran sales & purchase agreement, kos guaman dan lain-lain.

Sebaiknya, jangan mementingkan kenderaan mewah dan gaya hidup yang membazir jika anda masih belum membeli rumah pertama. Anda harus tahu menilai dan membezakan antara keperluan dan kehendak.

Pada masa ini, keperluan asas hidup kita ialah pakaian, makanan dan tempat tinggal. Selain dari itu semuanya adalah kehendak atau keinginan yang boleh ditangguhkan terlebih dahulu.

7. Sudahkah anda melawat lokasi rumah idaman dan membuat kajian teliti berkenaan keadaan setempat

Ramai orang teruja bila melihat iklan rumah idaman mereka. Tapi tak ramai yang sanggup menghabiskan masa untuk mendapatkan maklumat terperinci tentang faktor-faktor sampingan yang berkaitan dengan rumah berkenaan. Contohnya, ada perumahan yang mengenakan caj pengurusan bulanan (maintenance fee) bagi menyelenggara sampah, kawalan keselamatan, dan lain-lain. Jangan terkejut jika anda mendapat bil bulanan dari pihak pengurusan berjumlah ratusan ringgit. Dahlah kena bayar pinjaman rumah, bil air, bil api, bil itu-ini, dapat pulak bil maintenance. Boleh pening kepala kalau balance gaji ciput je.

Begitu juga aspek persekitaran dan keselamatan kejiranan. Kita tak tahu apa akan berlaku pada masa akan datang jika kita tak perhati betul-betul aspek ini. Anak-anak kita akan idup membesar di persekitaran perumahan yang kita duduki. Jika baik persekitarannya, insya-Allah akan baiklah tempat anak kita membesar. Sebab tu, bagi orang Melayu, ramai yang suka cari rumah dekat masjid dan surau, rumah dekat sekolah, rumah yang kejiranannya dari kaum yang sama.

8. Ambil tahu perancangan jangka masa panjang kawasan kediaman yang ingin dibeli

Kalau boleh, tanya pemaju atau orang setempat, apa projek dan prospek masa depan kawasan yang kita nak duduk tu. Contoh, ada ke sekolah, masjid, pasaraya, lebuhraya dan sebagainya akan dibina. Mungkinkah ada projek MRT akan dibuat dekat situ dan lain-lain soalan umum yang boleh membantu kita membuat pilihan yang tepat.

Biasa kawasan baru, kita tak akan dapat banyak prasarana lengkap pada permulaannya. Tapi lama-kelamaan, insya-Allah kemudahan dan pembagunan akan mula dirasai bila semakin ramai orang menginap di tempat berkenaan atau kegiatan ekonomi bertambah rancak. Advantage bagi mereka yang ada info awal tentang pelan perancangan jangka masa panjang kawasan yang belum “boom” lagi kerana property yang awal biasanya dijual pada harga yang mampu milik.

9. Bincang dengan kawan-kawan, keluarga atau mereka yang lebih arif

Sebelum membuat keputusan akhir, tanya dan bincang dengan ahli keluarga, rakan sepejabat atau mereka yang pakar dalam bidang hartanah tentang pilihan rumah yang anda inginkan. Mereka biasanya akan jujur memberi pendapat berdasarkan pengalaman masing-masing.

Tetapi, jika anda telah pasti dengan semua kriteria pemilihan yang ditetapkan, baca doa dan tawakkal. Mudah-mudahan pilihan anda tepat dan diberkati.

10. Jenis pembiayaan atau pinjaman. Islamik atau konvesional?

Mungkin ada yang tak pasti dan ragu-ragu samada nak ambik loan islamic atau conventional. Ada bank yang memberikan kadar faedah atau hibah yang kompetetif bergantung jenis loan yang diambil. Tetapi bagi saya, first choice must be an Islamic loan. Then, saya akan kaji pakej pinjaman setiap bank atau syarikat pemberi pinjaman (samada syarikat tempat berkeja atau bank) dari segi tempoh bayaran balik, interes rate, jenis loan (fix or flexi), lock-in period (untuk pastikan kita tidak dikenakan penalti bila mau bertukar bank atau nak settle loan cepat), promosi yang ditawarkan (diskaun, free legal fees, dan sebagainya) juga pakej MRTA atau insurance yang ditawarkan.

Untuk MRTA, ada bank yang akan tawarkan serentak dengan pinjaman yang dipohon. Ada juga yang benarkan kita ganti MRTA dengan life insurance kerana life insurance akan cover the whole property price tanpa penyusutan nilai tidak seperti MRTA dan faedah-faedah lain seperti protection dari kemalangan dan sebagainya.

Ambil masa untuk kaji dan bertanya perkara-perkara yang anda kurang jelas sebelum membuat pilihan dan menandatangani dokumen pinjaman.

OK yop, rasanya 10 checklist dekat atas boleh membantu korang nak buat homework bila dah ada hajat nak beli rumah pertama. Jangan malu bertanya orang yang lebih tahu untuk pastikan anda tidak rugi di kemudian hari.

Good luck yop! wassalam.

Terima Kasih