Jangan Pandang Serong Bila Seseorang Bermain Untuk Bina Passive Income yang Steady

      Comments Off on Jangan Pandang Serong Bila Seseorang Bermain Untuk Bina Passive Income yang Steady
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Minggu lepas, Fizal (www.mindahartawan.com) ajak aku main CashFlow 101. Huhu, orang lain dah lama main game Robert Kiyokasi ni, aku je yang tak pernah main proper pun lagi. Sebenarnya aku dah beli board game ni lama dah dari Fizal.., tapi tersimpan dalam almari kumpul habuk. Konon plan masa beli tu nak ajak anak-anak main sekali sambil ajar teknik pengurusan kewangan dan pelaburan, last2 tak sempat main pun.

Kitorang lepak 4 orang – aku, Fizal, Kayzen dan Hanan. Hanan sampai lewat, kitaorang dah nak abis main pun. Sabar betul Fizal dengan Kayzen ajar aku cara nak main cashflow 101 ni. Memang senang nak faham steps dia, ye lah Fizal memang kerap main CF101 ni untuk praktis teknik pelaburan dia. So memang dalam tangan dia lah tips and tricks board game ni.

Main punya main, Fizal keluar dulu dari rat-race, biasala SiFu mesti khatam dulu, Kayzen no. 2 dan seperti yang dijangka aku last sekali. Objektif utama CF101 ni kita kena create passive income lebih dari perbelanjaan bulanan, biasanya pada permulaan game, setiap pemain akan memilih satu pekerjaan yang sesuai beserta portfolio pendapatan, perbelanjaan, pinjaman, dan pelaburan (jika ada). Seorang pemain akan dipilih sebagai Banker untuk uruskan duit keluar masuk oleh semua pemain. Ada beberapa kategori deck yang mewakili small dan big deals dan juga opportunities serta expenses.

Nak start main, kita lambung dadu macam main dam ular jugak. Masa ni Fizal banyak guide macam mana nak teruskan. Fokus kami ialah untuk dapatkan deals yang boleh generate passive income bulanan. Ada kalanya dapat deck yang perlukan kita treat family dan belanja itu ini. In real life benda ni semua memang berlaku. Bila kita dah achieve passive income lebih dari perbelanjaan bulanan, barulah boleh keluar dari rat-race circle. Since first time aku main dengan berguru, aku ambik masa untuk fahamkan falsafah game tu dan cuba relate slow-slow dengan apa yang kita buat dalam investment di dunia nyata.

Fizal banyak terangkan cara-cara nak implemen kaedah yang kita lalui masa main game tu untuk kita check apa yang kita sedang buat dan akan buat selepas main game ni. Masa aku keluar dari rat-race, aku tengok cash kat tangan aku agak banyak compare dengan Fizal dan Kayzen, tapi passive income biasa-biasa aje. Fizal cakap, ni tandanya aku terlalu bergantung kepada gaji yang aku dapat dari kerja tetap aku, tanpa cuba untuk laburkan pada tempat-tempat yang boleh beri potensi passive income yang lebih baik. Satu benda yang aku rasa aku boleh improve in real-life untuk kenalpasti peluang baru pelaburan bila dah stuck dengan satu portfolio biasa.

Kalau aku relate pada keadaan kita hari ni, lepas kerajaan kenakan macam-macam syarat baru kepada property investor (70% loan on third property onwards, RPGT, etc.), peluang untuk tambah “lauk” guna bank loan macam dah pudar saja, sebabnya down payment rumah baru di lokasi yang bagus kena banyak, dan kalau umur pun dah meningkat, ini boleh membataskan kemampuan kita untuk dapatkan low monthly installment – passive income pun susah nak capai. Kat sini, matlamat kerajaan untuk sekat property speculator agak berjaya – kalau mereka guna loan bank, tapi tidak bagi yang ada modal tunai, mereka tetap boleh beli rumah macam biasa.

Bagi yang dah tak boleh beli rumah untuk invest, dulu kita guna duit lebihan untuk spend pada monthly installment, kini duit tu mungkin “hilang” ke benda-benda lain yang takde appreciation value yang tinggi. Kat sini yang aku nampak CF101 dapat mengajar kita sebagai pelabur untuk sentiasa cari jalan baru menambah aset pelaburan kita, disamping mengajar disiplin menganalisa peluang bila ada extra cash in hand.

Ianya tidak terhad kepada satu jenis instrumen pelaburan saja, banyak lagi yang kita boleh cuba – hartanah, saham, perniagaan, simpanan berdividen, dan macam-macam lagi. Otak kita diajar untuk ligat mencari peluang untuk generate more passive income. Ini yang aku belajar dari game CF101 ni, bila dah buntu dengan satu jenis gaya pelaburan, kita main lagi CF101 untuk cari teknik baru. Errr.. korang paham ke aku merepek apa ni hehehe.. maksud aku, biasa aku dok fokus pada pelaburan hartanah saja untuk generate passive income, bila aku dah stuck takboleh beli rumah baru, aku just simpan duit aku dalam tabung ayam tanpa biakkan dia untuk jadi “reban ayam” supaya lebih banyak “ayam hidup” terhasil.

So, apa yang baiknya game CF101 ni seperti mana dishare oleh orang lain, aku pun dah mula nampak falfasah yang cuba didedahkan kepada pelabur yang ingin membina passive income yang steady. Lepas ni Fizal suruh aku convert actual info financial aku dalam game seterusnya untuk aku detect apakah pattern pelaburan yang sesuai dengan aku, seterusnya ianya dapat membantu aku fokus untuk bina strong passive income portfolios. Terima kasih Fizal, Kayzen dan Hanan atas kesudian mengajar aku.

Bagi yang tak pernah try CF101 lagi, Jom kita main geng!

Terima Kasih